Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala- Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)

Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

WhatsApp chat