6 tabiat di bawah mempengaruhi seseorang berdepan masalah penuaan pada kadar cepat.

1. Diet

makan terlalu banyak gula boleh memberi kesan negatif kepada kulit anda dalam jangka masa panjang. “Gula akan mengikat kolagen dan mengeras, menjadikan penuaan kulit lebih cepat,” katanya.

2. Terlalu banyak alkohol

Alkohol boleh menjadikan kulit kering dan membesarkan saluran darah di dalam kulit. Jadi kulit akan kelihatan kemerahan. Keadaan kulit dehidrasi akan kelihatan lebih tua. Di samping itu, masalah ruam wajah juga akan lebih teruk.

3. Bantal

disyorkan penggunaan bantal satin supaya kulit tidak menggosok pada kain bantal. Katanya kain bantal biasa boleh menyebabkan kemunculan kedutan lebih cepat apabila kita menoleh ke kanan dan kiri pada waktu malam.

4. Berjemur

Jika suka berjemur, gunakan pelindung matahari sepanjang masa. Ini kerana kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari adalah kumulatif. Malah pendedahan selama hanya 10 minit boleh menyebabkan kesan yang berpanjangan yang menimbulkan masalah besar termasuk penuaan kulit yang cepat. Pastikan anda menggunakan pelindung matahari yang betul ke seluruh badan yang mampu melindungi kulit dari sinaran UVA (yang memasuki liang-liang kulit) dan UVB (yang membakar kulit).

5. Merokok

Merokok tidak memberi kesan yang baik kepada kesihatan, termasuk kulit. Kulit paling terkesan kerana ia mudah dikesan dari luar. “Adalah penting untuk mengelakkan asap rokok kerana amalan merokok mengurangkan bekalan darah ke kulit dan menyebabkan kedutan pada muka secara umum,”

6. Pencemaran udara

Pencemaran udara juga boleh merosakkan kulit pada tahap yang membimbangkan. Maka, anda perlu sentiasa berhati-hati dan menyedari keadaan kawasan sekeliling terutama sekali jika anda keluar rumah ke lokasi yang tercemar.

sumber FMT News

WhatsApp chat