Tahukah anda apa itu 2D, 3D, 4D,5D dan 6D SCAN?

Haa, meh sini nak bagitahu.

2D ULTRASOUND

Kehamilan, pertumbuhan, degupan jantung, perkembangan dan ukuran bayi semuanya dapat dilihat dengan jelas menggunakan ultrasound 2D. Kedudukan plasenta, tali pusat dan kedudukan bayi juga dapat dilihat dengan jelas. Apa yang lebih penting, sehingga hari ini detailed scan mesti dilakukan dengan 2D untuk melihat organ dalaman baby.

3D ULTRASOUND

Imej digabung secara elektronik membentuk organ/struktur yang lengkap. Apabila imej 3D ini diberi ciri warna kekuningan untuk menyerupai warna kulit sebenar, maka terhasil lah bentuk muka bayi.

4D ULTRASOUND

Setiap imej yang terhasil hanya mengambil masa mili saat. Maka, jika dalam tempoh pengumpulan data itu bayi membuat ekspresi muka, dapatlah ianya dirakam secara langsung.

5D ULTRASOUND

Teknologi definisi tinggi ini membolehkan anda melihat bayi anda dengan lebih jelas dan serupa dengan warna kulitnya. Oleh itu, gambar itu kelihatan lebih nyata.

6D ULTRASOUND

Ia sama seperti ultrasound 5D, tetapi anda akan memakai kacamata VR (realiti maya) yang membolehkan anda melihat bayi anda melalui skrin (seperti yang diguna semasa menonton filem 3D di panggung) di mana imej dipapar di monitor television 3D.

WhatsApp chat