Assalamualaikum semuašŸ¤—

Berita baik untuk penerima BANTUAN SARA HIDUP yang berumur 40tahun dan ke atas anda boleh menggunakan perkhidmatan B40.
Pusat Rawatan Impian merupakan klinik yang terpilih untuk PEKA B40 ini.

Setiap penerima perlu menjalani saringan kesihatan di mana-mana klinik yang berdaftar dengan PeKa B40 bagi mendapatkan ketiga-tiga manfaat lain.

Saringan kesihatan ini merangkumi:

  • pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
  • saringan kesihatan mental
  • pemeriksaan fizikal
  • pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  • ujian darah dan ujian air kencing

Image may contain: text that says "KLINIK eka B40 www.pekab40.com.my"
WhatsApp chat