Tersenyum DrKam baca tulisan Dr Rizal Abu Bakar ni.

6 KEBAIKAN AMBIL GULA PUTIH

Gula putih punya banyak kebaikan. Ramai yang tidak tahu. Ada 6 kebaikan gula putih:

1. Otak – turunkan prestasi otak. Rosakkan sel otak. Rewire sistem di dalam otak hingga kucar kacir jadinya.

2. Kulit – ubah struktur kulit. Tambahkan kedut. Tingkatkan kusam kulit.

3. Genital – kurangkan aliran darah ke bahagian alat sulit. Lelaki cenderung nikmati mati pucuk. Perempuan berjaya mendapat kalung sexual arousal disorder.

4. Jantung – keraskan pembuluh darah jantung. Beri keradangan pada pembuluh darah. Tingkatkan risiko penyakit jantung. Dapat meraih anugerah penerima strok.

5. Buah pinggang – rosakkan sistem tapis buah pinggang. Sebabkan kegagalan buah pinggang. Ulang alik ke pusat homeodialisis.

6. Sendi – gula putih tinggikan inflamasi. Bawa masuk cytokins. Undang arthritis.

Ini adalah kebaikan ambil gula putih. Dapat tingkat kualiti hidup. Tidak perlu makan ubat.🤪

Hidup penuh nikmat. Jemput ambil gula putih.🤪

#HealthIsWealth
#SayNOToSUGAR
#HealByNutrition
#PusatRawatanImpian
#DrKam

WhatsApp chat