Kontak Rapat ialah individu yang berhubung secara langsung dengan kes POSITIF COVID-19, sama ada bersemuka lebih 15 minit pada jarak kurang 1 meter tanpa memakai pelitup muka dan bersentuhan.

Contohnya 👇

  • Ahli keluarga / individu yang tinggal serumah
  • Rakan sekerja yg bekerja dalam ruang yang sama
  • Rakan sekelas
  • Berada dalam kenderaan yang sama dlm lingkungan jarak dua tempat duduk.

Apa itu kontak kasual? 🤔

Kontak Kasual ialah individu yang berada dekat dan berkemungkinan terdedah kepada kes positif Covid-19 di tempat tertentu pada waktu yang sama dengan kes positif Covid-19 berdasarkan “Mysejahtera Check-in.”😷

Jika kontak kasual tidak bergejala, mereka tidak perlu atau tidak WAJIB kuarantin dan tidak perlu buat ujian swab Covid-19. 🤧

Jika kontak kasual dengan gejala, mereka ini perlu dan WAJIB lakukan ujian swab sama ada RTK Ag ataupun PCR test dengan segera. Lakukan kuarantin kendiri dahulu sehinggalah keputusan keluar.

Jom sama2 putuskan rangkaian Covid-19! ”𝑴𝒆𝒏𝒄𝒆𝒈𝒂𝒉 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒎𝒆𝒓𝒂𝒘𝒂𝒕.” 😇

WhatsApp chat