Saringan menggunakan air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah.

Tetapi ia bergantung kepada kualiti sample dan teknik yang digunakan.

Persiapan untuk ujian air liur (saliva) bermula 1 jam sebelum ujian dilakukan.

Jangan makan dan minum , merokok, vape dan memberus gigi.Berikut adalah contoh sample air liur yang tidak berkualiti,

Ini adalah sebab paling kerap sampel air liur ditolak oleh makmal:

⚠️ Air liur bercampur dengan bahan asing lain

⚠️Air liur terlalu sedikit (di bawah 1.0 mL)

⚠️ Perubahan warna akibat sisa minuman/ makanan (sepatutnya jernih)

⚠️Gumpalan makanan, lendir atau sisa lain

⚠️ Berbuih buih, sisa ubat gigi

CC: Public Health Malaysia

WhatsApp chat