1) Tahap pertama ialah apabila individu disahkan positif, tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala.

2) Tahap kedua pula apabila individu yang positif itu mula menunjukkan gejala, tetapi gejala berkenaan terhad kepada bahagian atas sistem pernafasan. Seperti selesema dan mungkin demam sedikit. Pada tahap ini, ia tidak membabitkan organ paru-paru

3) Tahap ketiga pula adalah keadaan apabila jangkitan mempunyai gejala pada sistem pernafasan iaitu pesakit menunjukkan adanya tanda radang paru-paru. Namun pesakit masih mampu bernafas dengan normal dan tidak memerlukan sokongan oksigen.

4) Pada tahap empat, bagi pesakit yang mempunyai gejala keradangan paru-paru yang agak teruk, mereka memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

5) Pada tahap lima, apabila gejala dialami sangat teruk, mereka memerlukan rawatan intensif di unit rawatan rapi (ICU) dan sebahagian daripadanya memerlukan mesin bantuan pernafasan (ventilator).

info: hmetro

WhatsApp chat