Keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. Situasi ini terjadi apabila diri diselubungi kesedihan dan tidak dapat memenuhi keperluan diri atau terlalu banyak tekanan kerja dalam jangkamasa yang amat panjang.

Jika tekanan berterusan, individu itu akan mula hilang minat dan motivasi dan seterusnya menyebabkan produktiviti diri berkurangan dan meningkatkan perasaan diri yang tidak berdaya, tidak ada harapan dan rasa marah. Jika individu tersebut mempunyai rasa dan keadaan seperti itu setiap masa ini menunjukkan bahawa individu tersebut telah mengalami burnout.

Faktor-faktor Burnout

Dalam kebanyakan kes burnout, berpunca daripada faktor kerja namun terdapat juga sebab-sebab lain yang mempengaruhi seseorang itu menjadi burnout antaranya:

  1. Faktor kerja yang berlebihan atau berkurangan
  • Beban kerja yang terlalu banyak dan tidak boleh menampung daripada segi fizikal menyebabkan rasa letih dan lesu
  • Bekerja terlalu kuat tanpa rehat dan bersosial
  • Tidak cukup tidur
  • Kurang sokongan daripada segi perhubungan sesama rakan sekerja, majikan dan keluarga
  • Wujudnya rasa bosan terhadap kerja yang dilakukan kerana organisasi membenarkan pekerja bekerja dengan potensi mereka sepenuhnya dan membawa kepada perasaan tidak puas hati
  1. Faktor tekanan atau stres
  • Tekanan kerja yang banyak menyebabkan seseorang individu cenderung mengalami stres contohnya seperti melaksanakan kerja yang bukan dalam bidang kepakaran
  • Tekanan atau stres yang diakibatkan oleh pelbagai aspek seperti penat, gelisah, insomnia, sakit kepala dan sakit perut turut dikaitkan dengan kemungkinan seseorang menghadapi burnout
  1. Faktor personaliti
  • Individu yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam semua tugas
  • Pandangan pesimis terhadap diri dan dunia luar
  • Keperluan untuk mengawal dan kurang memberi kepercayaan kepada orang lain
  • Mementingkan pencapaian yang tinggi dan cenderung ke arah personaliti jenis A

Cara Mengatasi Burnout

Jika anda mengalami masalah burnout, anda perlu mengatasi masalah ini dengan segera Kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi burnout:

  1. Mulakan hari dengan senyuman
  2. Mengamalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan tidur yang cukup
  3. Merehatkan diri dan bercuti daripada kerja
  4. Mencuba sesuatu atau aktiviti baru yang menyeronokkan
  5. Belajar cara untuk mengurus tekanan dan mengurus masa dengan berkesan

WhatsApp chat