Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang teruk. Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan ‘cyst’ adalah di antara masalah jerawat yang paling biasa.

Jenis-jenis jerawat

  • Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih
  • Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah

Penyebab jerawat

  • Ubat-ubatan; mengandungi phenytoin, iodin, bromida, steroid, isoniazid & litium.
  • Penggunaan pakaian, peralatan yang terlalu ketat  pada permukaan kulit yang bersentuhan
  • Produk penjagaan kulit/ rambut yang berminyak dan menyumbat liang roma
  • Persekitaran berminyak, kotor
  • Bakteria Propionibacterium acnes
  • Perubahan hormon
  • Androgen berlebihan seperti  dalam sindrom polisistik ovari

Bagaimana menghindari jerawat?

  • Jangan picit jerawat
  • Jangan kerap menyentuh muka
  • Minum banyak air kosong
  • Amalkan makanan seimbang
  • Ambil vitamin secara sederhana
  • Tukar alat solek, span dan berus setiap 6 bulan sekali bagi mengelak pertumbuhan bakteria.
  • Gunakan penyegar dari bahan semulajadi seperti jus lemon, kulit pisang dan teh hijau untuk kulit yang berminyak.
  • Guna alat solek/ produk penjagaan diri  ‘bukan-komedogenik’.

WhatsApp chat