Jangkitan Covid-19 boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Apabila wabak Covid-19 melanda sudah pasti wujud persoalan asas tentang empat perkara: Bagaimana kita boleh dijangkiti oleh penyakit tersebut?; Mengapakah penyakit tersebut boleh merebak dengan pantas?; Bagaimana melindungi diri daripada dijangkiti? dan bagaimanakah penyakit tersebut boleh dirawat?

Covid-19 merupakan jangkitan berasaskan titisan dan boleh disebarkan secara langsung antara manusia atau melalui sentuhan pada permukaan yang telah tercemar.

Covid-19 adalah penyakit berjangkit berbahaya yang boleh merebak melalui titisan cecair daripada hidung dan mulut iaitu pesakit yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan disedut oleh individu yang berdekatan.

Penyakit ini boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair daripada pesakit mencemari benda-benda di sekelilingnya (seperti tombol pintu dan telefon).

Individu yang berisiko adalah mereka yang baru kembali dari kawasan atau negara yang mempunyai jangkitan, mereka yang berhubung rapat secara langsung dengan pesakit (seperti tinggal serumah atau bekerja di pejabat yang sama) dan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit yang dijangkiti. Tanpa rawatan awal pesakit boleh menemui maut.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/73737/KHAS/Pendapat/Amalkan-perkara-asas-cegah-Covid-19
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

WhatsApp chat