Sistem pertahanan badan terdiri daripada komponen sel-sel dendritik (dendritic cells), sel-sel makrofaj (macrophages cells), sel pembunuh semula jadi (natural killer cells) dan sistem komplimen (complement system).

  • Sel dendretik – berfungsi untuk menangkap dan memperkenalkan antigen kepada sel CD4 +dan sel limposit T bagi merangsangkan permulaan sistem pertahanan badan dan memusnahkan antigen. Sel dendritik akan berkurangan bila usia meningkat.
  • Makrofaj – berfungsi sebagai pemusnah dan pembunuh mikroorganisma di dalam sel.
  • Sel pembunuh semula jadi – sel ini akan membunuh sel yang tertentu dengan spontan dan terlibat sebagai tuan rumah sistem pertahanan kepada berbagai tumor dan jangkitan infeksi. Fungsi sel ini tidak berubah mengikut umur.
  • Sistem komplimen – terdiri daripada plasma protein yang penting dalam pertahanan semula jadi badan. Paras komplimen akan meningkat dengan tinggi pada warga muda jika ada jangkitan kuman berlaku tetapi peningkatan ini tidak berlaku dalam warga emas.

Rawatan dan Pencegahan

  • Amalkan cara hidup sihat melalui:
  • Senaman yang mencukupi kerana senaman boleh menggalakkan system imun
  • Makan makanan yang sihat untuk menguatkan system imun
  • Tidak merokok dan elakan atau hadkan pengambilan alcohol kerana ini boleh melemahkan lagi system imun
  • Sentiasa berwaspada dan mengambil ciri-ciri keselamatan untuk mencegah dari terjatuh dan kecederaan. Sistem imun yang lemah akan melambatkan proses kelegaan.
  • Berjumpa doktor dengan segera jika jatuh sakit.
  • Mengambil vaksin untuk penyakit tertentu atas nasihat doktor. Contohnya vaksin untuk influenza dan pneumonia atau vaksin-vaksin lain yang dianjurkan oleh pihak kesihatan.
WhatsApp chat