Buasir ialah bengkak dan radang pada saluran darah disekeliling lubang dubur atau dibahagian bawah saluran dubur (rektum). Ia mungkin terjadi di dalam saluran dubur (rektum) atau disekeliling lubang dubur (anus).

Buasir biasanya berlaku apabila pesakit salalu meneran/memaksa semasa membuang air besar. Tempat berlakunya buasir dapat membezakan jenis-jenisnya.

– Buasir dalaman: Jenis buasir ini terjadi dibahagian dalam saluran dubur (rektum). Buasir dalaman kebiasaannya tidak sakit tetapi ia mungkin menyebabkan pendarahan tanpa berasa sakit.

– Buasir luaran: Buasir ini berada diluar bahagian dubur. Ia boleh menjadi gatal atau sakit dan kadang kala terdapat rekahan dan pendarahan dibahagian tersebut.

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut:

  • Buasir anda sakit dan tidak reda dengan kaedah pengubatan sampingan;
  • Najis anda hitam dan likat
  • Najis anda mempunyai darah
  • Pening

Buasir yang anda alami berkemungkinan merupakan tanda masalah kesihatan yang serius. Anda perlu segera melakukan pemeriksaan kesihatan dengan doktor anda.

WhatsApp chat