Gastrik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Gastritis ringan- Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.

2. Gastritis berat- Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

3. Ulser gastrik (peptic ulcer)- Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.

Berikut adalah cara mencegah gastrik:

  • Makan mengikut waktu
  • Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.
  • Elakkan minuman bergas dan alkohol.
  • Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.
  • Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut. Namun jangan minum susu dengan perut kosong terutama pada waktu pagi.

A) Kaedah rawatan gastrik secara moden atau klinikal

1. Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari. Kementerian Kesihatan mempunyai maklumat lanjut tentang antasid.

2. Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

3. Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

B) Kaedah rawatan gastrik secara tradisional

1. Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Suamkan air tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.

2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. Minum campuran ini dan Insya-Allah gastrik anda akan beransur hilang.

3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.

4. Minum teh pekat sebelum tidur. Amalkan sekali sehari, Insya-Allah, gastrik akan beransur hilang.

5. Hiriskan hempedu atau pedal ayam secara halus-halus dan jemur sehingga kering. Selepas itu tumbuk hingga hancur dan campurkan dengan air suam. Minum ramuan tersebut, tiga kali pada sebelah pagi, tengah hari dan sekali lagi pada sebelah petang atau malam.

WhatsApp chat