• Penyakit ini sangat berkait rapat dengan air yang tidak bersih, sanitasi yang kurang baik dan tahap kebersihan diri yang rendah.
  • Penyebaran virus ini berlaku apabila individu yang tidak pernah dijangkiti atau tidak pernah divaksinkan untuk virus ini, makan atau minum makanan atau minuman yang tercemar oleh najis individu yang dijangkiti Hepatitis A.

Bagaimana Virus Hepatitis A Merebak?

  • Penyebaran virus Hepatitis A ini adalah melalui laluan dubur-mulut (faecal-oral route) iaitu apabila individu yang tidak pernah dijangkiti penyakit ini makan atau minum makanan yang tercemar dengan najis individu yang telah dijangkiti.
  • Virus ini juga boleh tersebar melalui hubungan fizikal yang rapat dengan individu yang dijangkiti. Walau bagaimanapun, hubungan kasual tidak menyebarkan virus ini.
  • Jangkitan virus ini boleh dicegah melalui cara meningkatkan tahap kebersihan keselamatan makanan dan memberi pelalian vaksin.

Penyebaran virus ini boleh disekat melalui:

  • Bekalan air yang selamat
  • Sistem pembentungan dan kumbahan yang teratur.
  • Amalan kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan air bersih
  • Vaksin pelalian.
  • Pelalian Hepatitis A boleh didapatkan di hospital atau klinik swasta.
WhatsApp chat