• Herpes Zoster merupakan sebuah jangkitan yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Varicella Zoster Virus (VZV).
  • Dalam kalangan masyarakat Malaysia, penyakit ini dikenali dengan beberapa nama seperti cacar api, cacar ular, kayap ular dan lain-lain istilah.

Kayap akan mudah berjangkit kepada mereka yang memiliki faktor risiko seperti berikut:

  • Umur 60 tahun ke atas.
  • Mempunyai penyakit yang melemahkan sistem imunisasi badan seperti HIV, AIDS ataupun kanser.
  • Sedang menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi.
  • Mengambil ubat yang melemahkan sistem imunisasi seperti steroid ataupun ubat-ubatan yang diambil setelah transplantasi organ dilakukan.

Langkah-langkah pertama untuk mengelakkan daripada terkena kayap adalah berjaga-jaga ketika berinteraksi dengan pesakit-pesakit yang menghidap cacar air dan Herpes Zoster terutamanya ketika pesakit tersebut sedang berada di dalam fasa blister (gelembung-gelembung cecair kecil). Pesakit-pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggaru kawasan-kawasan yang terlibat dan sentiasa menjaga kebersihan tangan.

Bagi warga emas, terdapat vaksin yang boleh diberikan untuk penyakit ini. Sebanyak 90% kes jangkitan herpes zoster dapat dihindarkan dengan pemberian vaksin ini. Ianya juga berfungsi dengan mengurangkan kadar kesakitan yang bakal dihadapi oleh seseorang pesakit setelah jangkitan sembuh sekiranya seseorang itu mengalami ‘post-herpetic neuralgia’. Namun, vaksin tersebut cuma bertahan selama 3 tahun setengah sahaja dan perlu diambil semula selepas tempoh tersebut tamat.

Antara ubat-ubatan yang akan diberikan untuk rawatan Herpes Zoster adalah:

Ubat melegakan kesakitan:

  1. Sapuan losyen Calamine untuk menyejukkan permukaan kulit
  2. Sapuan ubat Lidocaine
  3. Gabapentin untuk kesakitan ‘post-herpetic neuralgia’

cc info doctoroncall

WhatsApp chat