Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar. Ia merupakan satu perkara biasa yang dialami dari masa ke semasa. Perasaan ini kadang-kadang membuat kita lebih bersedia untuk menghadapi keadaan yang tidak diingini.

Kebimbangan boleh mengakibatkan:

Masalah fizikal:

  • – Pedih perut (Gastrik)
  • – Turun berat badan
  • – Tekanan darah tinggi

Masalah psikologi:

  • – Rasa rendah diri
  • – Gangguan tidur
  • – Hilang selera makan

Masalah sosial:

  • – Ponteng sekolah
  • – Tidak pandai berkawan
  • – Pengambilan dadah atau alkohol

Jika anda merasakan keadan tersebut, dapatkanlah bantuan daripada orang yang terdekat dan boleh dipercayai. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada golongan profesional seperti pakar psikolog dan pakar psikiatri.

cc portal myhealth

WhatsApp chat