Demam Campak adalah demam ruam yang disebabkan jangkitan virus Measles. Ia adalah salah satu penyakit yang sangat mudah berjangkit. Virus tersebut mempunyai kemampuan untuk menjangkiti orang lain walaupun dalam jumlah yang kecil dan ia mampu hidup selama 2 jam di persekitaran luar badan.

Virus ini sangat mudah menyerang kanak-kanak terutamanya mereka yang belum menerima vaksin campak. Virus ini juga boleh menjangkiti orang dewasa yang belum pernah dijangkiti virus ini

Perlu diketahui bahawa measles boleh menjangkiti orang lain walaupun pada ketika itu pesakit belum lagi mempunyai ruam.

Punca demam campak adalah jangkitan virus yang dikenali sebagai virus measles. Ia merupakan daripada keluarga virus Paramyxoviridae di dalam genus Morbillivirus. Pembawa dan penghidap penyakit ini hanya manusia sahaja. Tiada lagi haiwan lain yang boleh membawa virus ini ataupun dijangkiti virus ini.

Ia mengambil masa dalam 7-14 hari untuk seseorang itu menunjukan simptom apabila terdedah dengan virus tersebut. Beberapa simptom permulaan sebelum timbulnya ruam demam campak adalah:

  • Demam yang teruk(Suhu pesakit selalunya melebih 38.5 darjah celcius)
  • Batuk
  • Kelopak mati kemerahan(Conjunctivitis)
  • Selesema
  • Kurangnya selera makan
  • Rasa letih
  • Mata merah

Salah satu cara untuk mencegah jangkitan measles ini adalah dengan pemberian vaksin. Di Malaysia, kita ada vaksin 3 serangkai dimana di dalam vaksin itu telah digabungkan 3 jenis vaksin iaitu penyakit measles, mumps(beguk) dan Rubella. Vaksin telah terbukti mengurangkan kes-kes measles di dalam negara.

cc thediagnosa

WhatsApp chat