1) Memastikan tiada kecacatan saraf tunjang dan bentuk tulang belakang yang normal.
2) Memastikan tiada kebocoran abdomen seperti perut, buah pinggang, pundi kencing, hati dan usus.
3) Memastikan tulang panjang, jumlah jari, dan bentuk yang normal.
4) Memastikan tali pusat dan uri yang sihat, jumlah air ketuban serta kedudukan uri.
5) Memeriksa jantung bayi untuk mendengar denyutannya.
6) Menentukan samada anda mengandung satu bayi atau lebih.
7) Mengesankan kehamilan ektopik, di mana embrio tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopio.
8) Menentukan punca sebarang pendarahan yang anda sedang alami.
9) Menetapkan tempoh kehamilan anda dengan mengukur panjang bayi.
10) Menilai risiko sindrom Down dengan mengukur bendalir di belakang leher bayi pada 11 minggu hingga ke 13 minggu termasuk enam hari (apa yang dikatakan scan lut chaya nuka atau nuchal translucency scan).
11) Menentukan mengapa keputusan ujian saringan darah tidak normal.
12) Membantu dalam membuat ujian diagnostik dengan selamat seperti CVS atau amniosentesis sebab ianya dapat menunjukkan posisi bayi dan plasenta.
13) Memeriksa bayi untuk menentukan yang semua organ telah membesar secara normal.
14) Menilai bendalir amnion yang ada dan menetapkan kedudukan plasenta.
15) Mengukur kadar pertumbuhan bayi dengan melakukan beberapa scan.

WhatsApp chat