Apa itu ekzema?

• Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

• Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

• Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun.

Apa penyebab ekzema?

• Keturunan.

• Bukan alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.

• Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-

• Infeksi virus.

• Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.

• Lain lain jangkitan.

• Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

cc portal myhealth

WhatsApp chat