Magnesium merupakan makanan tambahan yang lain daripada yang lain. Ini kerana kebanyakan orang kekurangan mineral penting ini adalah disebabkan oleh pemprosesan makanan yang kita makan dan rawatan air yang kita minum. Namun bidang kesihatan secara umumnya tidak menyedari peranan penting yang dimainkan apabila kekurangan magnesium.

Magnesium melibatkan lebih 300 proses metabolik dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga dan mengekalkan fungsi kesihatan. Ia merupakan kunci utama enzim-enzim yang penting dan memberi kesan kepada kesejahteraan tubuh. Ianya amat penting untuk memberi isyarat kepada otot-neuro yang memberi kesan kepada keupayaan kita untuk berfikir dan bergerak. Ianya juga penting untuk aktiviti otot jantung serta kesihatan arteri kita. Malah, magnesium digunakan dalam hampir setiap aktiviti didalam tubuh badan manusia.

Manfaat kesihatan magnesium telah dikaji selama bertahun-tahun, dan kekurangan magnesium dikaitkan dengan pelbagai keadaan termasuklah penyakit tulang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, arrhythmias dan denyutan jantung yang tidak teratur, kekejangan otot, sentakan dan lain-lain. Mari kita lihat beberapa keadaan yang biasa di alami:

Tekanan Darah Tinggi – Makanan tambahan Magnesium telah membantu kebanyakan orang dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia adalah fakta yang perlu diketahui bahawa kalsium membolehkan saluran darah mengecut dan meningkatkan tekanan darah, manakala magnesium pula membantu untuk melegakan dan merendahkan tekanan darah. Anda mungkin tidak sedar terdapat pelbagai ubatan tekanan darah yang dikenali sebagai Saluran Penghalang Kalsium yang disifatkan untuk memberhentikan aliran kalsium ke dalam salur darah. Magnesium juga memberhentikan aliran kalsium kedalam salur darah dan dianggap sebagai Saluran Penghalang Kalsium “semulajadi”.

Osteoporosis dan Artritis – Kekurangan magnesium boleh membawa kepada keadaan seperti osteoporosis dan artritis. Walaupun penyakit ini dikaitkan dengan kalsium, ianya adalah kerana kekurangan magnesium dalam tubuh. Jika anda melihat kepada Jadual Elemental Atomic, anda akan melihat kalsium dan magnesium dalam ruang yang sama bersebelahan antara satu sama lain. Sifatnya, kalsium dan magnesium adalah dalam satu keperluan. Hari ini kebanyakan diet lebih berat kepada kalsium. Hasilnya, penyakit yang disebabkan oleh kalsium adalah kerana kekurangan magnesium.

Penyakit Otot – Magnesium memainkan peranan penting dalam merehatkan otot dan dianggap sebagai mineral anti-tekanan. Magnesium mempunyai kesan langsung dengan otot jantung dan membantu mengelakkan penyakit arrhythmias dan denyutan jantung yang tidak teratur. Kekurangan magnesium boleh membawa kepada masalah jantung dan menyebabkan serangan jantung dan strok. Kekurangan magnesium juga mengakibatkan kekejangan otot kaki dan tangan. Dari segi faktor tekanan, kekurangan magnesium boleh mennyebabkan migrain dan sentakan otot. Sebuah buku tentang kepentingan magnesium iaitu The Magnesium Factor dihasilkanoleh Mildred S Seelig, MD. Magnesium merupakan mineral luar biasa kerana tubuh badan manusia menyimpan kira-kira sebanyak 20 gram (4sudu kecil).  Ia satu jumlah yang kecil, memandangkan tubuh kita sentiasa menggunakan magnesium, jadi kita perlu menambahnya setiap hari.

Sumber: Frank A Cooper, BSc, BHSc (CompMed) Naturopath, Pakar Pemakanan Klinikal / http://www.hbinfo.com.my/

WhatsApp chat