Seperti yang kita tahu pandemik Covid-19 yang telah melanda di seluruh dunia dan menyebabkan pelbagai sektor telah terganggu termasuk juga institusi pendidikan.

Setelah berehat dari cuti yang panjang, kini pelajar sudah kembali untuk mula menjalani sesi persekolahan seperti biasa. Namun, dengan norma yang baharu setiap pelajar, guru dan juga kakitangan yang berkaitan haruslah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Pemakaian topeng muka (face mask) dan juga pembersih tangan (hand sanitizer) adalah wajib dan harus diamalkan oleh semua.

WhatsApp chat