Tahukah anda…mengikut statistik semasa,
keadaan pesakit Covid 19 di Malaysia.
( yg disah positif dan berada dlm wad )

85% sihat & tak rasa sakit apa pun.
sihat & sejahtera,tapi positif Covid.
(asymptomatic @ tak bergejala)

12% ada selsema ringan/batuk saja (bergejala)

2% sakit dlm wad ICU

1% tenat dlm ICU dan bantuan pernafasan.
(ventilator)
________________________________________

Yang dikalangan 85% diatas tu,dipanggil asymptomatic,sihat & walafiat, tak sangka langsung dirinya positif.
Kebanyakan dari mereka adalah pesakit generasi ke 2 atau 3, dimana pada mulanya mereka dikuarantin disebabkan kenalan rapat yang telah disahkan positif.

Golongan 85% ni MAMPU MENYEBAR penyakit Covid pada orang lain.

Ketua Pengarah KKM telah berulang kali mengatakan kini telah terdapat pesakit2 asymptomatic Covid 19 dikalangan masyarakat kita, yang telah bertanggungjawab menyebarkan penyakit Covid 19,iaitu kes2 yang “tiada tahu puncanya”.

Siapakah mereka yang positive Covid 19,tapi bebas dalam masyarakat ?

Mereka mungkin ANDA sendiri dan suami/isteri anda sendiri seisi rumah. Sihat walafiat semua. Tak tahu yang anda semua dah positive. Setakat ni ANDA mungkin masih belum memberi jangkitan pada orang lain, dengan penjarakan sosial yang anda amalkan serta cara2 hidup yang baru.

Apa akan terjadi jika anda melanggar larangan KKM lalu pulang berhari raya & melawat sahabat handai & keluarga ?

SAYANGIlah keluarga anda dikampung,terutama ibu bapa yang telah lanjut usia, kerana mereka akan terima jangkitan itu dari anda semasa bersalaman dan bersentuhan. Dan kemungkinan besar,oleh kerana faktor usia,mereka akan merana dengan jangkitan Covid 19.
Selain dari orang2 tua, anda juga bakal menyebarkan penyakit pada orang2 lain yang tidak bersalah.

Inilah sebabnya KKM dan Kerajaan Malaysia telah buat larangan kunjungan hari raya.
Ini adalah kerana ANDA sendiri mungkin positive Covid 19.

Anda hanya tahu samada anda positive atau tidak hanya setelah buat ujian.

WhatsApp chat