Apakah itu makanan segera?

Makanan segera kebiasaannya boleh diperolehi daripada premis-premis makanan yang berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang cepat dan selesa.

Bolehkah anda mengambil makanan segera?

Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.

Pilih dan ambil makanan segera dengan bijak serta hadkan pengambilannya sehingga 1 hingga 2 kali sebulan kerana makanan segera lazimnya mengandungi kandungan lemak, kolesterol dan garam yang tinggi.

Beberapa garis panduan boleh diambil, antaranya adalah seperti berikut :

  • Memesan ayam panggang bagi menggantikan ayam goreng atau ikan goreng.
  • Memesan sajian makanan segera yang bersaiz kecil.
  • Mengetahui kandungan lemak dalam beberapa jenis makanan segera. Pilih menu yang mengandungi kurang dari 20 hingga 25g lemak. Sebagai contoh, pesan sandwic ayam panggang tanpa mayonis (mengandungi 8g lemak) dan kentang saiz sederhana (mengandungi 12g lemak) ; atau pilih burger keju bersaiz kecil (mengandungi 13 hingga 20g lemak) tanpa mengambil kentang goreng.
  • Elakkan mengambil hidangan pencuci mulut, manisan, milkshake, pai bersama-sama dengan sajian makanan segera anda.
  • Tidak mengambil mayonis bagi mengurangkan jumlah kalori ( 1 sudu mayonis = 100 kalori) dan tambahkan mustard, tomato, daun salad, jeruk dan/atau bawang.
  • Pilih minuman gas berkalori rendah, susu rendah lemak, jus buah-buahan, teh atau air dan elakkan pengambilan minuman yang berkalori tinggi.
  • Elakkan pengambilan makanan berkalori tinggi. Kalori boleh meningkat sehingga lebih dari dua kali ganda dengan pengambilan makanan bergoreng.
  • Hadkan pengambilan yang tinggi kalori seperti thousand island, mayonis, sos salad, pasta salad, salad kentang, keju dan kekacang. Ambil daun salad, tomato, cendawan, lobak merah, saderi dan timun dengan banyak. Ambil sos salad yang rendah kalori seperti minyak zaitun dan italian dressing.
  • Bawa sebiji buah-buahan segar seperti buah pisang, epal atau oren sebagai tambahan kepada menu makanan segera anda.
  • Pilih kentang bakar. Tambahkan keju, sos cili/tomato atau 2 sudu makan keju kisar dan/ atau krim masam pada kentang bakar tersebut.

Kandungan nutrien dalam makanan segera

Kandungan kalori makanan-makanan segera bergantung kepada :

  • Saiz makanan tersebut.
  • Penambahan bahan lain seperti sos atau serbuk-serbuk roti.
  • Kaedah memasak yang digunakan (goreng atau bakar)
  • Kandungan kalori bahan makanan mentah sebelum dimasak/disediakan.

Sila rujuk jadual di bawah :

Makanan SegeraSaizTenaga (kcal)Lemak (g)
SaizBerat (g)
Ayam
Ayam goreng, various portions1 ketul12027114.9
Kentang lenyek1 cwn, sederhana94870.7
Roti ban1 ketul291002.5
Coleslaw1 cwn, kecil74623.0
Kentang goreng1 cwn, kecil9029016.1
Ayam (sayap)1 ketul691669.9
Ayam (paha)1 ketul651662.8
Ayam (dada)1 ketul12730715.0
Burger
Burger daging1 biji, sederhana12531711.3
Burger keju1 biji12434114.3
Coney dog1 biji14543324.5
Bebola ikan goreng dengan ban1 biji11528213.0
Sosej1 biji8222511.5
Spageti
Spageti dengan keju dan sos daging1 mangkuk4404441.3
Spageti ayam, cendawan1 mangkuk5264631.1
Pizza
Pizza dengan pepperoni1 potong531559.2
Pizza dengan ayam dan nenas1 potong9426814.2
Pizza dengan daging lembu, ayam dan bawang1 potong942427.9
Pizza dengan ayam kari dan kekacang1 potong702007.9
Pizza dengan kari daging lembu dan kekacang1 potong531324.8
Pizza dengan daging lembu dan bawang1 potong531365.0
Pizza dengan bawang dan tomato1 potong931491.9
Pizza dengan ayam, cendawan dan tomato1 potong942024.3
Pizza dengan daging lembu, salami1 potong53941.2
Sandwic
Sandwic dengan ikan tuna1 keping penuh1382411.5
Sandwic dengan ikan, salad, mayones1 keping penuh14532813.5
Sandwic dengan ayam, salad1 keping penuh16848127.8
Sandwic dengan pepperoni,salad1 keping penuh1001822.8
Sate
Sate ayam1 cucuk, 4 biji10230.6
Sate daging lembu1 cucuk, 4 biji12250.8
Sate daging kambing1 cucuk, 4 biji11240.8
Kuah kacang½ Cawan86241.1
Lain-lain
Nasi goreng dengan potongan ayam1 pinggan33059117.5
Soto ayam1 mangkuk49351228.2
Martabak1 keping1462319.2
Kuah martabak½ cawan95733.2
WhatsApp chat