Virus corona atau coronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan beberapa penyakit. Di antaranya adalah flu biasa hingga penyakit yang lebih parah seperti : Middle East Respiratory Syndrome ( MERS-CoV), Severe Acute Respiratory Syndrome ( SARS-CoV), hingga yang terbaru, Covid-19. Melansir laman rasmi Badan Kesihatan Dunia (WHO), virus corona bersifat zoonosis, ertinya ditularkan di antara haiwan dan manusia. Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan oleh orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus 2019-nCoV. Kementerian Kesihatan (KKM) mecadangkan kepada orang ramai untuk mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

FUNGSI HAND SANITIZER ?

Hand Sanitizer yang mengandungi alkohol sebanyak 60 – 90% itu berkesan untuk membersihkan tangan anda.

Tetapi, timbul banyak hal dan kecurigaan tentang alkohol di dalam hand sanitizer yang membuatkan orang ragu ragu untuk menggunakannya ketika beribadah.

Sebenarnya hand sanitizer atau pembersih tangan tanpa menggunakan bahan antiseptik adalah cara terbaru untuk membasuh tangan tanpa menggunakan sabun dan air. Kandungan dalam hand sanitizer itu tidak semestinya alkohol. Selalunya bahan antiseptik yang digunakan samada isopropanol, ethanol,n-propanol atau providone-iodine. Malah ada yang berasal dari ekstrak tumbuh tumbuhan.

Jadi kesimpulannya, ethyl alcohol atau ethanol yang digunakan dalam hand sanitizer adalah jalan terbaik dalam mencegah penyebaran kuman terutama sekali pada wabak Covid19 ini. Jadi, amatlah disarankan untuk sentiasa menggunakan hand sanitizer selepas memegang tempat tempat yang telah digunakan ramai orang jika tiada air.

Walaupun begitu, mencuci air dengan sabun lebih efektif dalam mencegah kuman. Basuh tangan selama 20 saat supaya bakteria dan virus mati. Atau boleh gunakan kaedah mencuci tangan dgn sabun sambil menyanyikan lagu happy birthday.

Hand sanitizer yang mengandungi 70% ethyl alcohol mampu membunuh 99.9% bakteria dalam masa 30 saat selepas ianya digunakan.
WhatsApp chat