PELANCARAN INISIATIF KOLABORASI KKM DENGAN SWASTA UNTUK PENGAMBILAN SAMPEL COVID-19 DI RUMAH DENGAN PENDEKATAN UBERISATION OF HEALTHCARE

i) Bersempena dengan sesi libat urus bersama pengamal media, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengumumkan inisiatif kolaborasi KKM dengan pihak syarikat swasta untuk pengambilan sampel COVID-19 di rumah, dengan menggunakan pendekatan uberisation of healthcare.

ii) Seperti dimaklumkan dalam pembentangan pada hari ini, buat masa ini pensampelan adalah dilakukan kepada mereka yang telah dikenalpasti iaitu Patients Under Investigation (PUI). Pada masa yang sama ada segelintir mereka yang khuatir dan ingin mendapatkan ujian COVID-19 yang tidak menepati kriteria PUI. Dengan ini KKM tiada halangan bagi mereka yang ingin untuk mendapatkan ujian ini dari pihak swasta.

iii) Oleh itu, bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah bertepatan dan mencapai kualiti yang ditetapkan, KKM berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah melalui:
a) Melatih anggota dari pihak swasta dalam pengendalian kes PUI.
b) Melatih pengambilan dan pengendalian sampel COVID-19 oleh pihak swasta.

c) Kawalan mutu untuk ujian COVID-19 di makmal swasta.
iv) Perkhidmatan pengambilan sampel ini dilakukan oleh pegawai perubatan dan paramedik swasta yang terlatih di mana sampel akan dihantar ke makmal swasta untuk dianalisa.
v) Perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah ini tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh pihak swasta.

vi) Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak swasta seperti di bawah:
a) Bookdoc
b) Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
c) Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
d) Qualitas Medical Group Sdn Bhd
e) Gleneagles Kuala Lumpur
f) Pantai Hospital Kuala Lumpur
g) Pantai Hospital Cheras
h) Pantai Hospital Klang
i) Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka
j) Twin Tower Medical Centre, KLCC
k) DoctorOnCall

vii) Sila layari laman web syarikat-syarikat tersebut untuk maklumat lanjut. Senarai syarikat swasta ini mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa.

WhatsApp chat