Tengah musim Influenza ni , kita duduk2 rumah aja ya..
Tak yah lah gi visit shopping complex ke, gi tempat2 crowded ke..
Meh kita gi baca info ttg INFLUENZA yg sedang mengganas skrg ni.

INFLUENZA DAN VAKSIN INFLUENZA: MALAYSIA NEGARA YANG ISTIMEWA!!

Dengan peningkatan kes influeza di negara kita, kesedaran tentang influenza turut bertambah. Ramai yang tercari-cari untuk menvaksinkan anak-anak mereka untuk mengelakkan kuman itu.

Ibu bapa pula lebih berpengetahuan tentan vaksin influenza dan ramai yang tertanya-tanya tentang wujudnya beberapa jenis vaksin influenza di negara kita.

Penjelasan ini juga penting untuk semua doktor terutamanya doktor perubatan yang menawarkan perkhidmatan vaksin influenza kepada pesakit anda.

Baik kita lebih memahami tentang keistimewaan vaksin ini di Malaysia dan pengetahuan tentang vaksin ini.

1. Siapakah yang disyorkan untuk mendapatkan vaksin influenza?

Mengikut World Health Organization (WHO), kumpulan-kumpulan seperti dibawah digalakkan untuk mendapatkan vaksin influenza setiap tahun.
a. Wanita yang hamil pada setiap peringkat kehamilan
b. Kanak-kanak antara umur 6 bulan hingga 5 tahun
c. Orang tua lebih daripada 65 tahun
d. Individu dengan masalah kesihatan kronik (contohnya asthma, masalah paru-paru kronik, masalah jantung, HIV, dan sebagainya)
e. Kakitangan bahagian kesihatan (Doktor, jururawat, penolong pegawai kesihatan dan sebagainya)

Individu yang ingin menunaikan haji dan umrah turut disarankan mendapatkan suntikan influenza 2 minggu sebelum bertolak.

2. Apakah jenis vaksin influenza yang terdapat di pasaran Malaysia?

Setakat ini, terdapat 4 syarikat yang memasarkan vaksin ini di Malaysia iaitu:-
a. VaxigripTetra (SanofiPasteur)
b. Fluarix Tetra (GlaxoSmithKline – GSK)
c. Influvac (Abbott)
d. SKYCellflu (SK Chemicals)

Kebiasaanya, kebanyakan klinik dan hospital swasta menggunakan VaxigripTetra ataupun Fluarix Tetra. Kedua-duanya mempunyai kuman influenza yang telah dimatikan (inactivated influenza vaccine). Badan kita akan menghasilkan antibodi terhadap virus ini dan seterusnya melindungi badan daripada jangkitan influenza.

Untuk SKYCellflu mempunyai mekanisma yang sama tetapi cara penghasilan vaksin yang berlain dengan teknologi “cell-culture” tanpa penggunaan telur (egg-based). Ia hanya dipasarkan untuk individu selepas 3 tahun sahaja.

3. Berapakah jenis kuman influenza yang dilindungi oleh vaksin?

Kesemua vaksin influenza hanya melindungi 4 jenis kuman influenza yang disarankan oleh WHO mengikut kajian mereka dengan pemantauan jenis influenza yang bakal menjangkit pada tahun seterusnya.

Virus influenza sentiasa mengalami mutasi dan bilangan jenisnya sentiasa bertambah. Secara amnya, ia dinamakan mengikut Jenis virus (A/B/C/D)/ Tempat virus dijumpai/ Nombor strain/ Tahun dijumpai/ Subtype virus (antigen permukaan virus – H-hemagglutinin atau N- Neuraminidase ). Contohnya: A/Brisbane/02/2018 (H1N1).

Secara amnya, terdapat 2 kumpulan vaksin yang disyorkan untuk negara-negara yang berlainan berdasarkan kajian WHO iaitu Vaksin “Southern Hemispehere” dan Vaksin “Northern Hemispere”.

Kedua-duanya mempunyai kombinasi 4 virus influenza yang berlainan strain, iaitu 2 dari jenis kumpulan A dan B masing-masing. Influenza C biasa jarang menyebabkan penyakit yang serius dan Jenis D tidak menjangkit manusia.

Vaksin “Southern Hemisphere” biasanya dilancarkan pada bulan April dan digunakan oleh kebanyakan negara di Hemisphera Selatan seperti Australia, New Zealand dan sebagainya manakala vaksin “ Northern Hemisphere” dipasarkan mulai bulan Oktober setiap tahun.

Vaksin yang terdapat di pasaran Malaysia sekarang adalah vaksin “Northern Hemiphere” yang dilancarkan mulai bulan Oktober tahun lepas.

4. Mengapakah dikatakan Malaysia adalah istimewa dalam konteks vaksin influenza?

WHO telah menghasilkan peta “Influenza Vaccination Zone” mengikut kajian mereka untuk menentukan jenis vaksin yang digunakan mengikut 8 zon mengikut masa musim influenza negara masing-masing.

Malaysia adalah antara 2 negara bersama negara Kenya yang tidak tergolong dalam mana-mana 8 zon tersebut. Negara kita dikatakan sebagai “Year-round” kerana musim influenza berlaku sepanjang tahun. Jadi, negara kita menggunakan kedua-dua jenis vaksin Southern Hemisphere (bermula bulan April) dan Northern Hemispehere (bermula bulan Oktober).

Status ini akan berubah dengan pemantauan musim kes yang berlaku di setiap negara di dunia dari semasa ke semasa mengikut data yang diberikan oleh WHO setiap tahun.

5. Saya akan menunaikan umrah 2 bulan nanti (Mac 2020) dan telah diberikan vaksin influenza pada bulan Mei tahun lepas. Perlukah saya mendapat vaksin tambahan?

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda tentang jenis vaksin influenza yang diambil sebelum ini. Malaysia adalah negara istimewa yang menggunakan 2 jenis vaksin influenza Northern dan Southern Hemisphere.

Anda perlu memastikan diri anda mendapat vaksin influenza yang digunakan oleh negara yang dikunjungi 2 minggu sebelum bertolak. Sebagai contoh, jika menunaikan Umrah di Saudi Arabia, anda perlu mendapatkan vaksin Northern Hemisphere yang digunakan di negara tersebut.

6. Mengapakah vaksin influenza perlu diberikan setiap tahun?

Seperti yang diceritakan sebelum ini, jenis virus influenza yang tergolong dalam vaksin influenza berubah setiap tahun mengikut kajian WHO. Sebagai contoh, bagi Northern Strain 2019-2020 yang terbaru, terdapat perubahan untuk 2 daripada 4 jenis virus influenza berbanding dengan tahun 2018-2019.

Selain itu, vaksin tahunan juga akan membantu untuk meningkatkan lagi imuniti terhadap bilangan jenis virus influenza yang terdapat dan seterusnya mengurangkan risiko terhadap jangkitan ini.

7. Berapakah umur terawal bagi kanak-kanak untuk mendapatkan vaksin influenza?

Kanak-kanak seawal umur 6 bulan adalah selamat untuk mendapatkan vaksin ini bergantung kepada jenis vaksin yang digunakan. Jadi, baik mendapatkan nasihat yang tepat dengan doktor yang bertauliah sebelum memberikan vaksin kepada anak anda.

Jika vaksin diambil sebelum umur ini, tiada data klinikal yang dapat membuktikan keberkesanan untuk mendapatkan perlindungan dan data keselamatan vaksin adalah terhad juga.

8. Berapakah dos yang diperlukan untuk kanak-kanak?

Secara amnya mengikut jenis vaksin yang diberikan, kanak-kanak berumur bawah 9 tahun memerlukan 2 dos vaksin influenza dengan tempoh 28 hari di antara dos jika disuntik untuk kali pertama dan 1 dos bagi tahun-tahun seterusnya.

9. Mengapakah kanak-kanak memerlukan 2 dos vaksin influenza untuk kali pertama?

Kanak-kanak biasanya tidak dapat menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk perlindungan terhadap vaksin yang diberikan dengan satu dos.

Dos pertama biasanya adalah “prime” dos untuk mengaktifkan penghasilan antibodi dan dos kedua diberikan untuk menghasilkan antibodi yang optimum untuk perlindungan diri terhadap virus influenza.

10. Anak sulung saya dijangkiti Influenza A. Bolehkah anak yang lain dilindungi jangkitan dari anak Influenza A dengan vaksin sekarang?

TIDAK. Perlindungan yang sempurna untuk kanak-kanak bawah 9 tahun hanya 2 minggu selepas dos yang kedua. Untuk melindungi anak yang lain, lakukan langkah-langkah perlindungan yang disyorkan seperti pakaikan alat pelindung mulut dan hidung, cucian tangan, kuarantin dan sebagainya.

Anda juga dapat berbincang dengan doktor anda tentang pemberian ubat antiviral kepada anak yang lain sebelum dijangkiti.

Untuk orang dewasa, perlindungan optimum hanya selepas 2 minggu suntikan vaksin.

11. Anak saya sudah mendapatkan vaksin influenza, adakah dia tidak akan mendapat jangkitan influenza lagi?

TIDAK. Sebelum suntikan vaksin influenza, doktor sepatutnya akan menasihatkan anda bahawa anak masih berisiko mendapat jangkitan influenza tetapi risikonya adalah jauh lebih rendah berbanding individu yang tidak diberi vaksin.

Ingat, setiap vaksin hanya mempunyai lindungan oleh 4 jenis virus sahaja dan bukannya terhadap semua virus.

Keberkesanan vaksin berubah setiap tahun mengikut negara masing-masing. Tiada data yang kukuh untuk Malaysia tetapi secara amnya, vaksin influenza dapat mengurangkan risiko dalam 20 – 70% berbanding dengan individu yang tidak divaksinkan.

Jika vaksin ini diambil setiap tahun, peratusan perlindungan itu akan bertambah juga.

12. Anak saya mempunyai alahan telur. Adakah dia selamat untuk diberikan vaksin influenza?

YA, dia adalah selamat untuk disuntik. Kajian mendapati vaksin influenza hanya mempunyai kurang daripada 1 mcg ovalbumin. Kandungan tersebut tidak akan menyebabkan alahan terhadap vaksin.

Akan tetapi, adalah disarankan untuk individu yang mempunyai alahan untuk berada di klinik ataupun hospital untuk pantauan selama 15 hingga 30 minit sebelum beredar pulang untuk memerhatikan tanda-tanda alahan seperti ruam, kesesakan pernafasan, bengkak muka dan sakit perut.

13. Anak saya baru diberikan suntikan MMR 2 minggu sebelum ini. Bolehkah dia diberikan vaksin influenza hari ini?

Boleh. Vaksin influenza yang terdapat di pasaran Malaysia adalah berbentuk virus mati (inactivated virus). Ia tidak akan mengurangkan keberkesanan vaksin yang lain. Pastikan anak tidak demam dan tiada jangkitan yang aktif semasa vaksin influenza.

Vaksin ini juga selamat untuk diberikan dengan vaksin yang lain pada masa yang sama tetapi pada tempat suntikan yang berlainan.

14. Apakah kesan sampingan yang mungkin dapat berlaku?

Setakat ini, vaksin influenza mempunyai profil keselamatan yang baik. Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah tanda-tanda yang ringan dan akan hilang dalam masa 1 hingga 2 hari. Kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah demam, sakit kepala, sakit otot, bengkak atau kemerahan pada tempat suntikan.

15. Apakah jenis Vaksin Influenza lain yang terdapat selain suntikan?

Terdapat satu jenis lagi vaksin influenza semburan hidung yang dinamakan Flumist Quadrivalent tetapi tidak dipasarkan di Malaysia lagi. Vaksin ini mengunakan virus influenza hidup yang dilemahkan dan mempunyai keberkesanan yang hampir sama dengan vaksin suntikan.

16. Bilakah masa yang paling sesuai untuk mendapatkan vaksin influenza di Malaysia?

HARI INI JUGA. Sehingga tahun 2020, Malaysia tergolong dalam kumpulan “ALL-YEAR”. Maka kita mengalami pertukaran vaksin 2 kali setahun berbanding dengan negara yang lain iaitu pada bulan April dan bulan Oktober.

“Northern Hemispere Strains” bermula bulan Oktober dan “Southern Hemisphere Strain” bermula bulan April setiap tahun.

Jadi adalah dinasihatkan agar mendapatkan vaksin ini sebaik sahaja vaksin baru di pasaran iaitu pada bulan Oktober ataupun April.

Sekiranya berlaku perubahan, doktor anda akan menggunakan jenis vaksin yang paling sesuai dengan musim influenza negara kita.

Harap maklumat ini dapat membantu untuk mendapatkan vaksin influenza yang terkini dan paling sesuai dengan keperluan anda dan keluarga anda bagi perlindungan yang paling optimum.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.who.int/…/v…/tropics/vaccination_formulation/en/ dan https://www.cdc.gov/flu/index.htm

“With Passion, We Treat, We Guide and We Prevent”

Di Pusat Rawatan Impian kami ada menyediakan immunisasi terhadap INFLUENZA ni..tetapi stok sekarang memang sangat terhad, makanya utk tidak kecewa, mohon wasap/ call www.wasap.my/60132605769.FluVaccine utk buat appointment & booking vaccination..
InshaAllah kita ikhtiar yg terbaik..

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: one or more people and text


Image may contain: one or more people
WhatsApp chat