Pengenalan

Demam Kuning adalah satu penyakit berjangkit yang akut. Dikenali dalam dua (2) bentuk iaitu demam kuning yang berlaku di bandar dan hutan. Demam Kuning yang berlaku di bandar disebarkan oleh nyamuk kepada manusia. Manakala Demam Kuning di hutan merebak dari nyamuk kepada monyet dan juga kepada manusia (zoonotic). Walaupun penunjuk utama risiko penyakit adalah berdasarkan kepada kes yang dilaporkan di kalangan manusia, penyakit ini kurang dikesan kerana tahap kekebalan penduduk adalah tinggi serta kelemahan sistem memantau kejadian.

Demam Kuning merupakan ancaman kesihatan di negara-negara endemik.

Individu yang melakukan perjalanan ke negara-negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever   di Afrika, Amerika Tengah dan Selatan berrisiko dijangkiti Demam Kuning.

Kehadiran vektor di Asia, iaitu nyamuk Aedes menyumbang kepada kejadian penyakit. Malaysia terdedah dan mudah mendapat jangkitan Demam Kuning.

Agen penyebab: Arbovirus dari Genus Flavivirus dan keluarga Flaviviridae.

Cara jangkitan: Gigitan nyamuk Aedes aegypti yang dijangkiti.

Tempoh pengeraman: 3 hingga 6 hari (atau lebih) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti.

Negara-negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever

AMERIKA TENGAH DAN SELATAN

ArgentinaFrench GuianaSuriname
BrazilGuyanaTrinidad & Tobago
BoliviaPanamaVenezuela
ColombiaParaguay 
EcuadorPeru 

AFRICA

AngolaGuinea Equat
BeninIvory Coast
Burkina FasoKenya
BurundiLiberia
CameroonMali
Central Africa RepublicMauritania
ChadNiger
CongoNigeria
Democratic Republic Of CongoRwanda
EthiopiaSenegal
GabonSierra Leone
GambiaSudan
GhanaSouth Sudan
GuineaTogo
Guinea BissauUganda

Nota: Senarai ini dikemaskinikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan senarai terkini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tanda dan Gejala

Sesetengah jangkitan adalah asimptomatik (tanpa gejala) tetapi kebanyakan jangkitan adalah akut dan berlaku dalam dua peringkat.

Peringkat permulaan:

  • Demam
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Seram sejuk
  • Hilang selera makan
  • Loya dan/atau muntah-muntah
  • Bradikardia

Peringkat kedua:

Selepas beberapa hari, 15% pesakit melarat sehingga ke peringkat kedua, dengan kemunculan semula:

  • Demam
  • Jaundis
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Pendarahan
  • Kematian boleh berlaku 10 hingga 14 hari selepas kemunculan penyakit.

Komplikasi

Pendarahan termasuklah pendarahan hidung (epistaksis), pendarahan gusi (gingival), muntah darah (hematemasis), najis berdarah (melena) dan kegagalan hati dan buah pinggang. Anggaran 20 hingga 50% kes boleh membawa maut.

Rawatan

Tiada rawatan khusus.

Rawatan simptomatik:

  • Berehat
  • Minum banyak air
  • Ambil ubat penahan sakit (contohnya Parasetamol atau Ibuprofen) untuk melegakan gejala demam atau sakit

Pencegahan

Keperluan Vaksinasi

Sijil vaksinasi Demam Kuning diperlukan daripada semua individu (rakyat Malaysia dan warga asing) yang melakukan perjalanan pergi ke atau melalui negara-negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever. Sijil vaksinasi antarabangsa Yellow fever juga diperlukan bagi pengembara yang transit melebihi 12 jam melalui lapangan terbang di negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever (seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) 2005 dan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit – Akta 1988).

Individu tanpa sijil vaksinasi Demam Kuning yang sah akan dikuarantin setibanya di Malaysia dalam tempoh tidak melebihi 6 hari. Sijil vaksinasi antarabangsa Yellow fever  hanya akan sah sepuluh (10) hari selepas tarikh vaksinasi diberikan dan sah untuk seumur hidup (berkuat kuasa pada Jun 2016)

Peringatan kepada rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke negara-negara endemik

  • Dapatkan vaksinasi sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh berlepas ke negara-negara endemik untuk perlindungan dari jangkitan.
  • Bawa sijil vaksinasi antarabangsa semasa perjalanan untuk pemeriksaan kesihatan.
  • Dapatkan vaksinasi Demam Kuning dari pusat vaksinasi yang sah di Malaysia.
  • Lapor diri di Pejabat Kesihatan di pintu masuk setibanya di Malaysia untuk pemeriksaan kesihatan.

Vaksin Demam Kuning

Jenis vaksin: Virus hidup yang dilemahkan

Bilangan dos: Satu suntikan dengan dos sebanyak 0.5ml

Kontraindikasi:

  • Alahan telur
  • Penyakit kurang daya ketahanan badan
  • Penyakit atau jangkitan HIV bergejala
  • Hipersensitiviti terhadap dos sebelumnya
  • Kehamilan

Kesan buruk: jarang-jarang berlaku Ensefalitis (inflamasi otak) atau kegagalan hati.

Sebelum berlepas: Pastikan sijil vaksinasi antarabangsa sah 10 hari selepas tarikh vaksinasi.

Disyorkan untuk: Semua individu yang melakukan perjalanan ke negara-negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever dan kawasan yang diwajibkan.

Langkah berjaga-jaga: Tidak boleh diberikan kepada bayi berumur di bawah 12 bulan.

PUSAT VAKSINASI DEMAM KUNING YANG DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (Berdasarkan senarai Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga Ogos 2014)

Bil.Pusat VaksinasiNegeri
1.Pejabat Kesihatan Pelabuhan Pulau Pinang
1st Floor, Tuanku Syed Putra Building
Jalan Downing, 10300 Pulau Pinang.
Tel: 04-2611264, 04-2644918
PULAU PINANG
2.BP Diagnostic Centre
275, Jalan Kampar
30250 Ipoh, Perak
Tel: 05-2559090 Ext 402
PERAK
3.Klinik Kesihatan Jelapang
(Pejabat Kesihatan Kinta)
Jalan Jelapang
30010, Ipoh, Perak.
Tel: 05-5286158, Fax. 05-5272355
PERAK
4.Klinik Berkat
No. 75-4A, Jalan Mamanda 1, Ampang Point
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-42515450
SELANGOR
5.KPJ Selangor Specialist Hospital
Lot 1, Jalan Singa 20/1
Section 20, 40300 Shah Alam
Tel: 03-5543 1111, Fax: 03-5543 1722
SELANGOR
6.Klinik Noridah
VG 30, Jalan Plumbum V7/V
Pusat Komersial Seksyen 7
40000 Shah Alam
Tel: 03-5510 1009  Fax: 03-5510 1009
SELANGOR
7.Klinik Mediviron
No. 20 A, Jalan Jubli Perak 22/1
Seksyen 22 , 40300 Shah Alam,
Selangor
Tel: 03-5567 9667 Fax: 03-5567 9667
SELANGOR
8.Poliklinik Sri Permai
No. 11, Jalan P9 B/1
Presint 9, 62259 Putrajaya
Tel: 03-88880268
 PUTRAJAYA
9.Klinik Kesihatan Putrajaya
No. 1, Jalan P9E, Presinct 9
62250, Putrajaya.
Tel: 03-88883057
 PUTRAJAYA
10Virus Research Division
1st Floor, Institute of Medical Research
Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26986033
WP KUALA LUMPUR
11.The KL Clinic
Mezzanine Floor, East Wing
Rohas Perkasa, No. 9, Jalan P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur
03-21660395 Faks 03-2181 3362
WP KUALA LUMPUR
12.Twin Towers Medical Centre KLCC Sdn. Bhd.
KLCC, Lot LC 402-404, Level 4
Suria KLCC, KL City Centre
50088, Kuala Lumpur.
Tel: 03-23823500, 03-23823577
 WP KUALA LUMPUR
13.Klinik Kita
Lot F-23, First Floor City Point
Kompleks Daya Bumi
Jalan Sultan Hishamuddin, 50050, Kuala Lumpur.
Tel: 03-26989740, 03-26980740
WP KUALA LUMPUR
14.Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan
(Bhg. Kesihatan Primer–untuk anggota tentera sahaja)
No. 3, Jalan 4/27A, Section 2, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4145 4200
WP KUALA LUMPUR
15Klinik Yong
Tingkat 2, Wisma Maran
No. 28, Medan Pasar
50050 Kuala Lumpur
Tel; 03-20720808, Fax 03-20310487
 WP KUALA LUMPUR
16.Drs Young Newton dan Rakan-Rakan
Level 1-01, Cape Square, Signature Office
No. 11, Persiaran Cape Square
Blok A, Capital Square
50100, Kuala Lumpur
Tel: 03 26982967
 WP KUALA LUMPUR
17.Prince Court Medical Centre Sdn. Bhd.
39, Jalan Kia Peng
50450, Kuala Lumpur
Tel: 03- 21600000 ext 2984/3860
WP KUALA LUMPUR
18.Klinik Integral Occupational Health Services Sdn. Bhd.
Lot 2-05, Level 2 Menara HLA
No. 3 Jalan Kia Peng
50450, Kuala Lumpur
Tel: 03-21712882, Faks: 03-21712992
WP KUALA LUMPUR
19.Gleneagles Intan Medical Centre
Lot 286, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-41413135, Faks 03-42552980
WP KUALA LUMPUR
20.Kuala LumpurSports Centre Sdn. Bhd.
7th Floor, Wisma Perintis
Jalan Dungun, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-20961033 Fax: 03-20961500
WP KUALA LUMPUR
21.Pantai Medical Centre Sdn. Bhd.
No. 8, Jalan Bukit Pantai
59100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2296 0888  Fax: 03-2282 1557
WP KUALA LUMPUR
22.Pusat Perubatan Menara Sdn. Bhd.
Level 26, Menara TM Annexe 2
No. 1, Jalan Pantai Jaya
Off Jalan Pantai Baharu
59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2241 4101 Fax: 03-2241 4102
WP KUALA LUMPUR
23.Berkat Sentral Clinic (BSC)
G11 – G12 Ground Floor
Platinum Sentral, Jalan Stesen 2
50470 Kuala Lumpur
WP KUALA LUMPUR
24.Pejabat Kesihatan Johor Bahru
Jalan Abu Samad, 80100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2224711, 07-2224818
JOHOR
25.Poliklinik Komuniti Beserah
Jalan Beserah, 26100, Kuantan
Negeri Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5445633
PAHANG
26.Health Office
Divisional Health Department
Kucing Division,
Jalan Tun Zaidi Adruce
93150, Kucing, Sarawak.
Tel: 082-432563
SARAWAK
27Health Office
Divisional Health Department
Sibu Division, 5th Floor
Wisma Persekutuan, Block 3
Persiaran Brooke, 96000 Sibu, Sarawak.
Tel: 084-315494
SARAWAK
28.Columbia Asia Medical Centre
Lot 1035-1039
Jalan Bulan Sabit, CDT 155
98009, Miri, Sarawak.
Tel: 085-437755
SARAWAK
29.Klinik Cheu SB
Lot 512, Pelita Commercial Centre
98000, Miri Sarawak
Tel: 085-438068, Fax: 085-43807
SARAWAK

Langkah berjaga-jaga

  • Elakkan terdedah kepada gigitan nyamuk dengan mengubahsuai aktiviti yang dilakukan.
  • Elakkan melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan Nyamuk Aedes ini beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.
  • Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah. Sapukan bahan tersebut ke kulit selepas memakai pelindung matahari atau losyen. Sapu semula setiap kali berpeluh atau selepas terkena air.
  • Bahan aktif dalam bahan penghalau nyamuk hanya menangkis tetapi tidak membunuh serangga.
  • Bahan penghalau yang mengandungi DEET (N, N-diethylmetatoluamide) yang dipercayai dan jenis tahan lama (35% DEET memberi perlindungan selama 12 jam).
  • Rumusan 50% DEET disyorkan untuk orang dewasa (termasuk wanita hamil) dan kanak-kanak berusia melebihi 2 bulan.
  • DEET adalah toksik apabila dimakan dan boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.
  • Permethrin juga amat berkesan sebagai racun serangga dan sebagai penghalau nyamuk. Terdapat sedikit potensi ketoksikan bagi pakaian yang dirawat dengan Permethrin.
  • Pakai pakaian berlengan dan seluar panjang.
  • Elakkan memakai pakaian yang berwarna gelap (menarik perhatian nyamuk).
  • Tutup tingkap atau bidai pada waktu malam.
  • Gunakan semburan racun serangga piretrum (aerosol), lingkaran piretroid atau tablet racun serangga pada waktu malam sebelum tidur.
  • Elakkan memakai minyak wangi, semburan rambut atau losyen selepas bercukur yang berbau kuat (menarik parhatian nyamuk ).
  • Gunakan penghawa dingin atau kelambu yang dirawat dengan Permetrin.
WhatsApp chat