Makanan segera sudah adalah sesuatu yang tidak lagi asing kepada masyarakat tempatan terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak.

Malahan jika kita perhatikan, setiap hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera. Makanan ini sangat mudah didapati, dengan rasanya yang enak dan lebih mudah didapati.Makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa. Kesibukan dalam tugas seharian dalam kehidupan telah menyebabkan masyarakat pada hari ini mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif.

Faktor Pemilihan Makanan Segera

Kesuntukan masa dan kekangan masa adalah alasan utama mengapa masyarakat lebih memilih makanan segera berbanding makanan yang berkhasiat. Tugasan seharian mereka yang membebankan bukan sahaja memberi dorongan mereka untuk memlih jalan pintas ini, bahkan tanpa mereka sedar ia memberi kesan negatif kepada kesihatan mereka.

  • Kewujudan makanan segera yang meluas

Lambakan makanan segera dalam pasaran menyebabkan masyarakat lebih memilih ia sebagai makanan harian. Ada sesetengah masyarakat mengakui menjadikan makanan segera sebagai makanan utama. Ianya turut diakui apabila para pelajar juga menjadikan makanan segera sebagai makanan rutin harian.

Jika kita lihat, masyarakat kita pada hari ini begitu terikut-ikut dengan gaya kehidupan masyarakat Barat. Mereka lebih selesa menjadikan budaya Barat sebagai model dalam mereka menguruskan kehidupan.

  • Pengaruh media massa

Dalam kita mencapai era kemodenan ini, pastinya setiap rumah mempunyai televisyan, radio dan gajet canggih. Iklan-iklan makanan segera disampaikan kepada masyarakat dengan lebih mudah dan efektif.

Keburukan makanan segera

Pengambilan makanan ringan yang kerap boleh menyebabkan serangan jantung dan strok. Mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di Anaheim melaporkan risiko remaja menghadapi sakit jantung daripada lebihan lemak tepu dan kolesterol yang terdapat dalam makanan segera adalah amat tinggi.

Kandungi lemak dan lebihan gula dalam makanan segera boleh mengakibakan penggemar makanan segera mengalami kegemukan dan seterusnya obesiti. Jika kita lihat, ramai kanak-kanak mempunyai masalah kegemukan seterusnya menyebabkan kehidupan mereka tidak sihat.

  • Radang paru-paru

Radang paru-paru membawa kepada serangan asma yang kronik. Kajian menunjukkan 100 orang kanak-kanak yang mengambil makanan segera menunjukkan mereka yang kurang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, zat-zat besi, vitamin E, dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang penyakit asma yang berlarutan.

Langkah menghalang pengambilan makanan segera

  • Pendidikan

Pendedahan tentang keburukan dan risiko pengambilan makanan segera sangatlah penting bagi mengawal pengambilan makanan segera.

  • Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa perlu memantau pemakanan yang diambil oleh anak-anak kerana dibimbangi akan mendatangkan gangguan kesihatan kepada anak-anak mereka.

Pendedahan mengenai gaya hidup yang sihat dan kesan pengambilan makanan segera oleh semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan dan media massa dapat membantu masyarakat dalam menjaga kesihatan.

WhatsApp chat