
π’π’π’ Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang awam agar berwaspada ketika membuat pembelian ubat dalam talian.π±π»π₯
Pembelian ubat secara dalam talian dari sumber yang tidak sah berkemungkinan anda mendapat ubat yang tidak berdaftar, ubat tiruan atau ubat yang dicemari racun berjadual β yang boleh memudaratkan nyawa anda.
π¬ Berikut adalah tips sebelum membuat pembelian ubat dalam talian :
π *DAPATKAN* nasihat daripada ahli farmasi sebelum membeli sebarang ubat dan produk kesihatan
π *HANYA* boleh membeli ubat yang telah berdaftar dengan KKM yang dikategorikan sebagai _over-the-counter_ (OTC), tradisional dan suplemen kesihatan sahaja (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja). Semak status pendaftaran ubat di https://npra.gov.my/β¦/en/consumβ¦/information/products-search atau muat turun aplikasi NPRA _Product Status_ dari Google Play
π *JANGAN* beli ubat terkawal dan yang memerlukan preskripsi secara dalam talian (No. MAL diakhiri dengan A). Ubat tersebut *TIDAK BOLEH* dijual dalam talian.
π *ELAKKAN* membeli ubat daripada laman sosial.
π *ELAKKAN* membeli ubat dari laman web luar negara.
π *ELAKKAN* membeli ubat dari penjual luar negara
π *KENALPASTI* premis fizikal yang menjual ubat dan pastikan ia berdaftar dengan SSM.
π *PASTIKAN* iklan ubat mempunyai nombor kelulusan KKLIU.
π *JANGAN* terpedaya dengan iklan dengan janji-janji manis terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik & peningkatan seksual. Semak iklan ubat yang telah diluluskan di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan
Dapatkan e-poster tips dan panduan lanjut pembelian ubat dalam talian di portal https://www.pharmacy.gov.my/β¦/weβ¦/waspada-belian-ubat-online
Pastikan semak sebelum klik!π±π±
*Jom sama-sama tinggalkan tanda pagar #biarbetuliklanni! pada ruang komen pemilik akaun pada iklan ubat yang dikesan mencurigakan*
Recent Comments