*KEMPEN WASPADA PEMBELIAN UBAT DALAM TALIAN*

πŸ“’πŸ“’πŸ“’ Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang awam agar berwaspada ketika membuat pembelian ubat dalam talian.πŸ“±πŸ’»πŸ–₯

Pembelian ubat secara dalam talian dari sumber yang tidak sah berkemungkinan anda mendapat ubat yang tidak berdaftar, ubat tiruan atau ubat yang dicemari racun berjadual ☠ yang boleh memudaratkan nyawa anda.

πŸ’¬ Berikut adalah tips sebelum membuat pembelian ubat dalam talian :

πŸ’Š *DAPATKAN* nasihat daripada ahli farmasi sebelum membeli sebarang ubat dan produk kesihatan

πŸ’Š *HANYA* boleh membeli ubat yang telah berdaftar dengan KKM yang dikategorikan sebagai _over-the-counter_ (OTC), tradisional dan suplemen kesihatan sahaja (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja). Semak status pendaftaran ubat di https://npra.gov.my/…/en/consum…/information/products-search atau muat turun aplikasi NPRA _Product Status_ dari Google Play

πŸ’Š *JANGAN* beli ubat terkawal dan yang memerlukan preskripsi secara dalam talian (No. MAL diakhiri dengan A). Ubat tersebut *TIDAK BOLEH* dijual dalam talian.

πŸ’Š *ELAKKAN* membeli ubat daripada laman sosial.

πŸ’Š *ELAKKAN* membeli ubat dari laman web luar negara.

πŸ’Š *ELAKKAN* membeli ubat dari penjual luar negara

πŸ’Š *KENALPASTI* premis fizikal yang menjual ubat dan pastikan ia berdaftar dengan SSM.

πŸ’Š *PASTIKAN* iklan ubat mempunyai nombor kelulusan KKLIU.

πŸ’Š *JANGAN* terpedaya dengan iklan dengan janji-janji manis terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik & peningkatan seksual. Semak iklan ubat yang telah diluluskan di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan

Dapatkan e-poster tips dan panduan lanjut pembelian ubat dalam talian di portal https://www.pharmacy.gov.my/…/we…/waspada-belian-ubat-online

Pastikan semak sebelum klik!πŸ–±πŸ–±

*Jom sama-sama tinggalkan tanda pagar #biarbetuliklanni! pada ruang komen pemilik akaun pada iklan ubat yang dikesan mencurigakan*

WhatsApp chat