PERKONGSIAN DARI DR EMELDA

Fakta.

Ada 40 ribu pesakit dialisis di Malaysia sebab rosak buah pinggang. Tahun 2020, jumlah pesakit dialisis dijangka akan naik ke 50 ribu orang. Mereka kena buat rawatan dialisis sebab ada kerosakan buah pinggang tahap paling teruk sekali.

Dalam 60% pesakit dialisis, kerosakan buah pinggang disebabkan oleh Diabetes yang tidak dikawal.

20% rakyat Malaysia ada Diabetes.

Tekanan darah tinggi tidak dikawal juga merosakkan buah pinggang. Satu dalam tiga masyarakat dewasa Malaysia ada masalah tekanan darah tinggi.

Jika masalah obesiti terus meningkat seperti peningkatan yang kita lihat sekarang, jangkaannya ialah pada tahun 2025, 31% rakyat Malaysia akan ada Diabetes. Ini ialah hampir 1 dalam 3 rakyat Malaysia.

Hentikan epidemic gemuk dan Diabetes dari sekarang. Ubahlah ke gaya hidup yang cergas & pemakanan yang sihat untuk seumur hidup.

Jangan fikir pantang 44 hari je lepas bersalin badan anda boleh pakai lama dan sihat sampai tua jika pada hakikatnya anda ada obesiti dan ada risiko tinggi mendapat Diabetes dan tekanan darah tinggi.

Apa yang penting ialah:
1) Pantang merokok. Orang yang merokok, walaupun kurus dan tak ada Diabetes, risiko penyakit jantung dan kanser adalah tinggi.

2) Pantang makan berlebihan untuk seumur hidup. Jangan lupa pinggan suku-suku-separuh bermakna hanya suku pinggan nasi.

3) Pantang sesuatu yang berlebihan. Bersederhanalah dan amalkan pemakanan seimbang dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan protin.

4) Pantang tambah gula dalam makanan dan minuman untuk seumur hidup. Saranan untuk orang dewasa ialah menghadkan pengambilan gula tidak melebihi 6 sudu kecil sehari. Minum air ais sihat untuk anda jika anda memilih minum air kosong ais, bukan pilih bubble tea. Jangan salahkan ais jika anda perut buncit, salahkan gula yang di tambah ke dalam minuman berais.

5) Pantang tambah garam dalam makanan melebihi satu sudu kecil sehari untuk seorang dewasa, kecuali anda ahli sukan yang sangat aktif bersukan dan perlu menambahkan garam setelah kehilangan garam dari peluh yang banyak.

6) Pantang membiarkan badan jadi obese. Belajarlah dari ORANG TUA YANG SIHAT, bukan dengar kata sesiapa saja yang tua. Orang tua yang sampai ke usia 90 tahun dan masih sihat, kebanyakan mereka tiada masalah obesiti.

7) Pantang malas. Bersenamlah dengan kerap. Bersenam boleh mencegah obesiti, Diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang, penyakit jantung, masalah kepadatan tulang, masalah sejuk-sejuk badan sebab metabolisma yang rendah, mengurangkan masalah kehilangan daya ingatan bila tua dan mengurangkan risiko 13 jenis kanser. Sauna dan bertunku saja membuat anda berpeluh dah kehilangan air, bukan menghilangkan lemak badan. Tanpa kehidupan cergas, memang susah nak mencegah penyakit.

Sebab itulah saya selalu bagi nasihat, tak payah ikut pantang cara lama 44 hari selepas bersalin pun anda akan sihat, jika anda ada ilmu pengetahuan apakah sebenarnya punca-puncanya orang mendapat penyakit dan apakah caranya untuk mencegah penyakit. Ilmu pengetahuan kesihatan itu penting.

Semoga masyarakat Malaysia bertambah sihat.
Rakyat sihat, negara maju.

WhatsApp chat